Olaf the Snowman - Disney's Frozen
CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

07 September 2014

HAPPY BIRTHDAY GIRL!!!

Damia Zahra turns 2 
(24.8.2012)
Happy Birthday little girl!!!








video

03 Ogos 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2014

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir & batin 


abah & mama

with kakak 1



with adik 4





raya tak cukup corum tak best la raya 2014...kita tunggu raya 2015 best ke idok??

16 Julai 2014

Kalah Usain Bolt

Assalammualaikum

Masa solat zohor tadi mata aku cukup tertarik dengan sorang perempuan ni bukan sebab kecantikan dia tetapi kepantasan dia bersolat tidak ubah seperti pelari terpantas dunia Usain Bolt.  Aku kalau solat sekurang-kurangnya mengambil masa 5 minit.  Perempuan yang aku jumpa di surau tadi memang pantas dia solat 1 minit ja!! kenapa terpercaya?? Masa aku sudah selesai solat, budak ni baru sudah ambil wudu'.  Masa aku lipat telekung dia dah mula solat. Pastu baru nak pakai anak tudung budak tu dah siap solat!! How amazing!!! cepat giler solat.  Yang menariknya dia tak de pun urgent matters yang nak kena uruskan. Aku tengok boleh je lepas solat make up bagai...bukan nak pertikai tapi cepat sangat dia solat Kalah Usain Bolt tau.  Teringin je nak tanya "U solat bace surah ape?" .hahahaha macam-macam orang macam-macam perangai...
apa-apa pun banyakan berdoa yang baik-baik saja untuk kesejahteraan semua.
.

09 Julai 2014

Trip to Borneo Part 2

Assalammualaikum

Sambung dari part 1, Dari Hot Sripng kami balik ke Kota Kinabalu dan bermalam di Marina Apartment yang terletak di tengah bandar KK.  On da way balik singgah di Kinabalu Park.  tak ada apa yang menarik disini cuma bagi mereka yang mendaki gunung kinabalu akan bermalam di sini.



Third Day

Trip ke Pulau Manukan & Mamutik.  Rasa rugi pula tak snorkeling. Laut cantik air jernih tak sama macam kat semenanjung.












Last Day

sebelum naik flight singgah dulu tempat wajib ni....hehehehe banyak la berhabis kat pearl2 ni biasa la orang perempuan kalau membeli bukan untuk diri sendiri sangat nak beli kat orang lain je lebih...selain pearl aku beli amplang (keropok ikan), kuih cincin, udang kering dan ikan terubuk masin.




Aku rasa seronok sepanjang 4 hari 3 malam di Kota Kinabalu.  Rasa macam nak pindah kerja kat sana je. tak tau kenapa bila sampai KK tiba-tiba je perasaan tu ada. statement ni bukan sebab dah jumpa calon suami kat sana tau...hahahha mungkin sebab waktu di sana cepat kot dari semenanjung.  entah lah tiba-tiba je aku kata kat mak aku rasa macam nak duduk sini terus.  citer bab makan  pula emmm tak la sedap macam makanan kat kedah ni dan agak mahal skit la.  walaupun mahal tapi rasanya berbaloi sebab makanan tu disediakan dalam portion yang banyak macam tiga orang makan. Aku beli nasi goreng harganya RM5 pastu aku share dengan mak dan esok pagi pula sambung makan (breakfast)...nampak banyak bukan nasi tu...hahahah apa apa pun tu lah pengalaman di tempat orang...seronok juga.  Bagi sesiapa yang berminat nak bercuti di Sabah dan tak tahu nak amik pakej mana bolehlah melayari laman web http://sabahtourpackages.wordpress.com Aku pun amik agensi ni murah dan selamat...lagi ramai pergi lagi murah.  ok bye....

selamat tinggal Sabah....


07 Julai 2014

Trip to Borneo part 1

Assalammualaikum

Diberikan kesempatan dan kelapangan untuk bercuti ke Sabah membuatkan aku teruja sebab first time naik kapal terbang...hahahah.  Rombongan kami ke Sabah disertai seramai 6 orang selama 4 hari 3 malam (1 malam di Kundasang, 2 malam di Kota Kinabalu).

first day

Sampai di Airport kami dijemput oleh pemandu pelancong (Rudy) yang disediakan oleh pihak agensi dan terus bertolak ke Kundasang yang mengambil masa hampir 2 jam.  Sepanjang perjalanan ke sana kami singgah di Rumah Terbalik dan Pekan Nabalu sahaja sebab hari sudah lewat petang.  Perjalanan kami pada petang tu sangat bertuah kerana kami boleh nampak dengan jelasnya gunung kinabalu tanpa kabus.  Menurut Rudy selalunya gunung kinabalu hanya boleh dilihat pada waktu pagi sahaja kerana pada waktu lain ianya akan diliputi oleh kabus.

Kami sampai di Kiram Village pukul 7.00 petang tetapi gelap gulita macam pukul 8.00 malam.  Paling tak boleh lupa kedinginan yang melampau sehinggakan aku pakai baju 3 lapis pun masih terasa sejuk sampai menggigil gigil.  Lemak yang ada dalam badan pun tidak dapat membekalkan haba dek kerana terlalu sejuk.hahahah lawak betul aku ingat sejuk macam cameron je sekali silap da...

my lovely mum







rumah terbalik






Second day
Dari Kundasang kami bertolak ke Desa Cattle, Poring Hot Spring, Kg Luanti Fish Massage dan Jambatan Tamparuli.  Masa pergi ke Ladang Lembu yang ala-ala New Zealand tu matahari agak terik (padahal baru pukul 9 pagi) tapi jangan silap ye udaranya masih dingin cewah...cuma aku nak cadangkan sesiapa yang nak ke Ladang Lembu tu lebih baik gerak awal sebab bila matahari dah tegak atas kepala nak ambil gambar pun tak cantik sebab silau.

gunung kinabalu yang x malu dah

 foto-foto menarik sekitar Kiram Village




masa ni baru pukul 6.45 pagi






Foto-foto menarik sekitar Desa Cattle










Foto-foto menarik sekitar Fish Massage






Foto-foto menarik sekitar Poring Hot Spring







to be continue....